Sunday, February 21, 2010

Dominasi Lumix 2010

JIKA dahulu, Panasonic hanya terkenal dengan barangan elektrik konsumer namun sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, gergasi elektrik itu dilihat mula memasuki segmen kamera pegun digital (DSC), kamera lensa tunggal (SLC) dan juga kamkoder.
Malah bukan setakat hanya ada dalam kelompok pembuat kamera gergasi dunia sahaja, tetapi Panasonic dilihat semakin agresif dalam mengeluarkan model terbaik DSC, SLC dan kamkoder.
Antara contoh usaha gigih Panasonic ialah kolaborasi dengan pembuat lensa terkemuka Jerman, Leica.
Mempunyai lensa terbaik Jerman pada kamera buatan Jepun merupakan sinergi unik yang kini semakin mendapat perhatian pembuat kamera dunia.
Berbalik kepada Panasonic, untuk suku pertama tahun 2010 menyaksikan 14 model  Lumix  DSC dan lapan kamkoder diperkenalkan yang merangkumi penggunaan dari profesional hinggalah ke amatur.
Lebih menarik, semua 14 model  Lumix  DSC itu mampu dipilih oleh pelbagai golongan pengguna untuk menepati citarasa dari segi harga dan penggunaan.
Antaranya ialah model untuk pengembara atau lebih mudah untuk mereka yang suka melancong.
Tiga model dipertaruhkan kali ini iaitu  Lumix  TZ-10, TZ-8 dan juga ZR-3.
Ketiga-tiga model ini mempunyai kuasa zum sehingga 12 kali dengan lensa lebar ultra 25mm Leica yang terbaik untuk merakamkan gambar ketika pengguna melancong.
Namun yang mencuri perhatian kali ini ialah  Lumix  TZ-10 yang merupakan kesinambungan daripada model TZ-7 yang diperkenalkan pada awal tahun 2009.



Untuk memudahkan pengembara,  Lumix  TZ-10 kali ini dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global (GPS) bina dalam yang mampu memberi kedudukan tepat kepada setiap rakaman yang dilakukan.
Sistem GPS  Lumix  TZ-10 ini mampu dengan sendiri memberitahu tempat semasa rakaman pada paparan skrin LCD bersaiz 3 inci.
Lebih menarik,  Lumix  TZ-10 juga turut disediakan sistem rakaman video definisi tinggi (HD) AVCHD Lite yang mampu menyaingi rakaman kamera video profesional.
Selain itu semua model terbaru  Lumix  DSC Panasonic juga dilengkapi dengan teknologi terbaru, Intelligent Resolution dipadankan dengan kuasa enjin Venus HD II yang memberikan rakaman imej lebih tajam dengan warna yang lebih terang.
Selain itu  Lumix  TZ-10 juga turut disegarkan dengan fungsi dedahan manual yang memberikan nilai tambah kepada pengguna profesional selain fungsi penstabil POWER O.I.S yang menggantikan MEGA O.I.S.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua produk  Lumix  DSC Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau lakukan carian  LUMIX  Club by Panasonic Malaysia di Facebook.
gps bina dalam ciri terbaru bagi  Lumix  TZ-10 yang memudahkan pengembara mengetahui dengan tepat lokasi rakaman.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...