Thursday, November 6, 2008

'The Actor' found at Kilim Geoforest Park - Langkawi

LANGKAWI 6 Nov. (Utusan Malaysia) - Seorang nelayan terkejut apabila menangkap seekor ikan yang jarang dilihat ketika sedang menyauk sotong di kawasan laut lepas Kilim Geoforest Park di sini kelmarin.
Afandi Ali, 37, berkata, sepanjang lebih 20 tahun menjadi nelayan, dia jarang melihat ikan aneh atau lebih dikenali sebagai `ikan katak’ itu yang berukuran kira-kira sembilan sentimeter.
Ikan tersebut mempunyai sirip di hadapan yang menyerupai tangan serta sirip di belakang yang menyerupai kaki.
Menurutnya, ini kali kedua dia melihat ikan daripada spesies itu selepas menangkapnya kali pertama kira-kira
setahun lalu.
''Ketika itu, ikan yang ditangkap berwarna putih tetapi kali ini berwarna coklat berbintik dan berbelang seolah-olah menyerupai rumput air atau lumut,'' katanya di sini.
Afandi yang turut mengusahakan sebuah sangkar ikan Deko Fish Farm bercadang untuk membela ikan t
ersebut tetapi bersedia menjualnya kepada mana-mana pihak yang sedia membelinya.
Dalam pada itu, seorang kurator di Underwater World Langkawi, Ariati Sari Ibrahim berkata, ikan katak atau "Sargassumfish" dikenali dengan nama saintifik Histrio Histrio hidup di kawasan tropika di Indonesia, Australia dan Papua New Guinea.
Menurutnya, ikan daripada spesies itu memang sukar ditemui kerana sifat semulajadinya yang berubah mengikut kawasan persekitaran.
''Selalunya ikan ini akan tinggal di kawasan yang banyak rumpair laut dan lumut kerana mudah untuknya bersembunyi sebelum mencari mangsa.
''Kami pernah mempunyai spesies tersebut tetapi telah mati," katanya.

================

Ya, it seem like Sargassumfish (Histrio histrio). Shuld be wonderfull to see it in the natural world while diving...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...