Wednesday, November 26, 2008

11 ekor paus terdampar diselamatkan

SYDNEY 23 Nov. – Pihak berkuasa Australia berjaya menyelamatkan 11 ekor paus yang terdampar di tepi pantai dengan memindahkan haiwan-haiwan berkenaan ke pantai lain.
Sejumlah 64 ekor ikan paus, kebanyakannya betina dan anak-anak ditemui terdampar di Pantai Anthony, selatan Tasmania, semalam.
Bagaimanapun 52 daripadanya mati tidak lama kemudian manakala 12 ekor berjaya dipindahkan oleh pihak Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Tasmania.
Anggota penyelamat meletakkan jaring di sekeliling ikan-ikan tersebut – berukuran sekitar 3.5 meter dan seberat 1.5 tan – dalam operasi menyelamat pagi ini.
Haiwan-haiwan itu kemudiannya dipindahkan ke dalam treler dan dibawa ke sebuah pantai lain.
“Kami menggunakan treler khas yang mampu membawa dua ekor ikan paus serentak.
“Haiwan ini kemudiannya dipindahkan ke Pantai Godfrey’s, kira-kira 17 kilometer dari Anthony tetapi seekor daripadanya mati ketika dalam perjalanan,’’ kata ketua penyelamat, Chris Arthur.
Menurutnya, ikan-ikan itu dibawa ke tengah laut dengan bantuan 70 anggota penyelamat sebelum dilepaskan.
Kejadian ikan paus terdampar merupakan perkara biasa di Tasmania dan pelbagai teori diperkatakan tentang kejadian aneh itu namun jawapan sebenar masih menjadi persoalan sehingga kini.
– AFP
========================

Hmmmm... I think Jabatan Perikanan or anybody should learn from this la.... imagine, 11 pilot whale now swim freely in deep water and unlikely to return to land.

We at Malaysia? 1 Bryde whale also cannot release properly... apa la....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...