Nat Geo at TV1. Pijamas cuttlefish. Wanna hv trips to Lembeh Straits RM1,200 5/4nites. Ex Manado. Mail bobo.utusan@yahoo.com for more info
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, December 26, 2009
Thursday, December 24, 2009
Pesona hibrid Lumix GF-1
KECIL, mudah digunakan dengan lensa yang mempunyai pusingan fokus yang laju antara kehebatan yang ada pada hibrid kamera lensa tunggal refleks digital (DSLR), Panasonic Lumix GF-1.
Walaupun Panasonic baru sahaja mengumumkan dua kamera yang menggunakan teknologi Micro Four Thirds sejak dua tahun kebelakangan, reka bentuk serta teknologi yang diperkenalkan melalui Lumix GF-1 membuatkan konsumer mahu Panasonic meneruskan pembangunan teknologi kamera hibrid itu.
Walaupun pada ketika saingan terdekat yang juga rakan industri, Olympus memperkenalkan hibrid mereka EP-1, Panasonic nampaknya tidak gusar.
Ini berikutan, Lumix GF-1 yang sarat dengan teknologi masa kini mempunyai kelas yang tersendiri dan tanpa perlu bersaing dengan apa yang disediakan pada EP-1.
Malah, pelancaran Olympus EP-2 baru-baru ini juga tidak menggugat prestasi semasa Lumix GF-1 menurut kata pengguna hibrid DSLR ini.
Apa yang pasti, Lumix GF-1 mampu terus bertahan dalam tempoh dua tiga tahun sebelum model baru dikeluarkan.
Ini berikutan, ciri-ciri yang dipertingkatkan pada Lumix GF-1 masih tidak dapat ‘dilawan’ oleh EP-1 atau EP-2 di mana lensa dengan fokus yang lebih laju memberikan trademark utama Lumix GF-1.
Turut didatangkan dengan lensa kit Pancake 20mm F1.7 atau 14-45mm F3.5 - 5.6 O.I.S., untuk Lumix GF-1 berada dalam kelas tersendiri.
Selain itu pengenalan flash bina dalam yang kini membuatkan jurutera Olympus ‘pecah kepala’ memikirkan cara untuk mereka bentuk hibrid mereka, menjadikan Lumix GF-1, satu-satunya hibrid DSLR lengkap tanpa sebarang pilihan aksesori tambahan.
Menjadi pelopor penilik pandangan elektronik (LVF), penggunaan aksesori tambahan ini mampu memberikan pandangan 202,000 dot dengan 60 pusingan sesaat dan sedikit pembesaran sekitar 1.04x.

Lebih menarik, LVF Lumix GF-1 ini juga mampu ditolak ke atas bagi membolehkan pengguna merakamkan gambar dari sudut yang sukar.
Reka bentuk yang menarik, elegan serta mudah dikendalikan menjadikan Lumix GF-1 antara rebutan jurufoto amatur mahupun profesional.
Dengan berat 456 gram, ia menjadi kamera gantian kepada jurufoto profesional untuk bantuan jika sesuatu terjadi kepada kamera utama mereka sewaktu melakukan tugasan penting.
Ini berikutan, Lumix GF-1 walaupun kecil menggunakan sensor Micro Four Thirds yang memberikan 12.1 megapiksel efektif.
Selain itu, pengenalan butang satu sentuh rakaman video definisi tinggi (HD) juga memberikan kelebihan kepada pengguna tanpa perlu menukar dail ke rakaman video yang mampu merakamkan HD 1280 x 720.
Sehingga kini, Lumix GF-1 mampu menggunakan 6 lensa Micro Four Thirds Lumix G sedia ada yang lebih kecil dan ringan berbanding lensa konvensional yang lain.
Malah, Lumix GF-1 juga turut boleh menggunakan lensa Leica DG dan lensa Olympus tanpa perlu menggunakan pemadan.
Lebih menarik, pengguna Lumix GF-1 juga turut boleh menggunakan lensa Leica D, Sigma dan Olympus Four Thirds dengan pemadan DMW-MA1 manakala pemadan MA2M dan MA3R mampu memberikan kebebasan untuk menggunakan lensa Leica M atau R.
Apa pun, dengan perlumbaan hibrid DSLR sekarang, Panasonic akan mengeluarkan tiga lagi lagi lensa Micro Four Thirds baru untuk tahun hadapan di mana menyaksikan 100-300mm F4-5.6 OIS, 8mm F3.5 fisheye dan 14mm F2.8 bakal menjadi rebutan pengguna Lumix GF-1.
Layari www.panasonic.com.my/lumix untuk sebarang informasi terkini Lumix GF-1.
Monday, December 21, 2009
Lensa mewah di kamera kompak
BAGI peminat fotografi, Leica merupakan antara nama lensa atau kamera yang menjadi idaman untuk dimiliki. Ini berikutan kejituan dan ketajaman imej serta kilauan warna menarik yang dihasilkan menjadikan ia satu jenama prestij yang menjadi idaman jurufoto.
Namun disebabkan harga serta nilai yang terlalu tinggi jenama optikal Leica hasil idea Oskar Barnack yang memasuki pasaran konsumer pada tahun 1925, hanya yang mampu sahaja dapat memilikinya.
Apa pun kini, ia tidak lagi menjadi hanya satu impian kerana Panasonic, gergasi peralatan elektrik konsumer global yang kini giat mempromosikan peralatan audio visual mereka menjadikan lensa Leica sebagai lensa utama semua produk kamera kompak keluaran mereka.
Ini membuatkan ramai yang terkejut kerana jenama itu kini hanya diletakkan pada kamera kompak dan dijual dengan harga yang amat berpatutan. Namun perbezaan harga yang tinggi tetap ada.
Sebagai contoh, kamera Leica D-Lux 4 yang mempunyai kapasiti, bentuk dan kemampuan yang serupa dengan Panasonic LX-3 mempunyai perbezaan harga dua kali ganda.
Ini merupakan aspek subjektif. Bagi peminat dan pengguna Leica, mereka akan mengatakan ada perbezaan antara kedua-dua kamera, namun hakikatnya ketika penulis bertanyakan sendiri kepada jurutera Audio Visual Digital Panasonic di Osaka, mereka mengatakan kedua-dua kamera berkenaan dibuat dan ‘dilahirkan’ di Jepun dan sama.
Rangka, badan, enjin dan juga lensa direka bentuk dan dihasilkan secara besar-besaran di Jepun.
Namun apa yang pasti, D-Lux 4 dipaksa melalui perjalanan yang agak panjang kerana ia perlu ia dihantar ke Jerman untuk melalui pemeriksaan terperinci sebelum dipasarkan.
Yang nyata, hasil yang diperoleh melalui kedua-dua kamera itu adalah sama tanpa banyak perbezaan.

Gambar ehsan: http://ianho.blogspot.com
Pengiktirafan Leica Camera AG kepada Panasonic Corporation terhasil pada tahun 1997 selepas satu perjanjian teknikal dan kualiti lensa kamera video dimeterai.
Perjanjian itu memberi kebenaran kepada Panasonic untuk menghasilkan secara besar-besaran lensa optikal menggunakan teknologi Leica.
Menariknya, sinergi itu menyaksikan produk pertama dikeluarkan pada Oktober 2001 dan Panasonic terus berusaha untuk bertapak sebagai pengeluar utama dunia lensa separa sfera ketepatan tinggi termasuk menggunakan label Leica.
Lensa jenis ini bukan hanya memberikan rakaman imej tanpa penyimpangan, malah lensa itu dihasilkan lebih kecil berbanding lensa konvensional lain.
Teknologi ini yang membuatkan Leica tambah percaya kepada Panasonic yang turut berjaya menghasilkan teknologi ketepatan sub-mikron dan teknologi pengeluaran besar-besaran yang sebenarnya diinginkan oleh Leica.
Menariknya, satu teknologi lagi yang dikenali sebagai Kotak Hitam Yamagata dihasilkan daripada idea penguasa kilang Panasonic di Yamagata, Osamu Yuuki membuatkan kolaborasi antara Panasonic dan Leica bertambah erat.

Teknologi Kotak Hitam yang tidak didedahkan dengan terperinci pada lawatan itu membolehkan proses pemanasan semula dan acuan lensa dilakukan dengan hanya menekan satu butang.
Ketika dibawa melawat kilang, penulis melihat sendiri apa yang dikatakan Teknologi Kotak Hitam Yamagata. Sistem yang mudah dengan cara kerja yang jitu berjaya menghasilkan lensa ketepatan tinggi untuk kamera kompak Panasonic, Lumix termasuklah lensa Leica yang dikenali sebagai Leica DC khas untuk kamera kompak digital dan lensa refleks tunggal Micro Four Thirds.
Mungkin ada peminat Leica yang tidak percaya dengan situasi ini, namun itulah hakikatnya di mana, lensa model DC Vario-Summicron, DC Vario-Elmarit, and DC Vario-Elmar dihasilkan di Yamagata, yang terletak di utara Tokyo.
Yamagata sebenarnya antara wilayah tercantik di Jepun yang masih mengekalkan keindahan semula jadi namun tidak membelakangkan kemodenan dalam infrastruktur serta budaya.
Menurut Yuuki, keaslian serta kebersihan Yamagata menjadikan mereka wilayah yang terkenal dengan penghasilan lensa optikal di mana bahan mentah termasuk kaca kualiti tinggi diperoleh di Yamagata sendiri.
“Kaca-kaca kualiti tinggi ini kebanyakannya kami peroleh daripada Yamagata selain dari mana-mana wilayah di Jepun, namun ada juga sebahagian kaca kami import dari luar bergantung kepada keperluan.
“Tapi apa yang penting, selain kualiti kaca, Teknologi Kotak Hitam yang kami bangunkan membuatkan semua lensa yang dihasilkan memberi keputusan imej yang baik,” katanya.
Sehingga kini, kilang Panasonic di Yamagata ini sudah menghasilkan kira-kira 5 bilion lensa yang kini sedang digunakan di seluruh dunia.
“Semuanya berkaitan. Jika kita hanya ada lensa yang baik namun laras lensa yang kurang tepat, ia tidak mampu menghasilkan imej yang baik.
“Lapisan lensa juga memainkan peranan yang penting dan itu menjadi keutamaan kami di sini. Lensa Lumix dan lensa Leica DC dihasilkan dengan ketepatan, teknologi dan juga lapisan yang sama melalui barisan pengeluaran yang sama.
“Sebab itu kami yakin sama ada peminat foto menggunakan lensa Lumix atau Leica DC, ia akan menghasilkan kualiti imej yang sama.
“Cuma bagi semua lensa Leica DC, ia akan dihantar ke Jerman untuk pemeriksaan terperinci oleh Leica Camera AG di Jerman sebelum ia mampu dipasarkan,” kata Yuuki lagi.
Di kilang itu menurut Yuuki, mereka mempunyai satu standard yang perlu diikuti dalam menghasilkan mana-mana lensa.
Ini termasuk memastikan setiap satu lensa yang dihasilkan berkualiti tinggi dengan proses lapisan berganda yang mampu melenyapkan silau matahari.
Lensa yang dihasilkan juga tidak boleh terpesong termasuk tidak mempunyai penyimpangan imej ketika rakaman.
“Ini merupakan penyelesaian keseluruhan sejak dari penghasilan reka bentuk hingga ke pengeluaran,” kata Yuuki.
Menurut Yuuki juga, penghasilan lensa di Kilang Panasonic Yamagata itu bukan hanya untuk Lumix dan Leica semata-mata malah, mereka turut membekalkan lensa kualiti tinggi kepada beberapa pengeluar gergasi kamera di dunia tanpa mahu memberitahu syarikat mana.
Mengulas mengenai kejayaan yang dihasilkan di Kilang itu, Yuuki turut berkata, mereka mengutamakan kepuasan pekerja seiring dengan kepuasan pelanggan.
“Pekerja merupakan aset yang penting kepada Panasonic untuk membolehkan sasaran pengeluaran kita tercapai.
“Dan mereka juga adalah penguji kita di mana setiap daripada mereka akan menggunakan kamera Lumix untuk menghasilkan imej dan boleh menyertai pertandingan foto yang kilang anjurkan,” katanya.
Selain lensa kualiti tinggi yang dikeluarkan di situ, Kilang Panasonic Yamagata turut mengeluarkan unit laras lensa, lensa video dan juga kad memori SD.
Untuk pengetahuan, Panasonic merupakan antara pengeluar kad memori SD terbesar dunia yang mempunyai kapasiti sehingga 32 gigabit (GB).
Malah sumber syarikat turut mengatakan, mereka kini dalam proses untuk menghasilkan kad memori SD 1 terabit (TB), antara kapasiti paling tinggi dalam industri.
Menariknya, dalam perlumbaan menghasilkan produk berkualiti tinggi, kilang ini mematuhi pematuhan arahan sekatan bahan kimia berbahaya (RoHS) Kesatuan Eropah yang turut seiringan dengan prinsip Eco Ideas Panasonic untuk menghasilkan produk hijau.
Ketika ditanya siapa yang mengikut siapa dari segi teknologi lensa kamera kompak digital, Yuuki sambil tersenyum mengatakan: “Leica yang mengikut Panasonic.”

Labels:
Photography
Subscribe to:
Posts (Atom)